Salam Kemerdekaan,

'Merdeka 7x'..Itulah kalimah keramat dengan semangatnya yang dilaungkan oleh mantan Perdana Menteri yg pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj di Stadium Merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.,Alhamdulillah, negara kita telah bebas dari cengkaman penjajah yang bermaharajalela di negara nie..Kini negara kita telah mencapai kemerdekaan yang ke 55,,insya'allah,,. Namun, kelihatan seperti sudah redup dalam jiwa sebahagian orang Melayu untuk meraikannya sebagai peristiwa penting dalam sejarah bangsa. Seolah-olah sambutan itu sekadar upacara ritual tahunan yang tidak berisi.

Mungkin kerana kita sudah jauh merentasi perubahan dalam tempoh itu. Mungkin juga kerana kita telah berjaya mengisi nikmat kemerdekaan dengan pembangunan fizikal, ekonomi, pendidikan mahupun daya saing diperingkat global. Semua itu mungkin tidak dapat dirasai tanpa jasa nenek moyang kita yang mewariskan negara ini kepada kita dan generasi Melayu akan datang.

Nilai sambutan kemerdekaan perlu terisi dalam jiwa setiap anak Melayu dengan dikobarkan semangat untuk menyanjungi jasa-jasa para perintis dan para pejuangnya. Generasi muda kita perlu menghayati semangat nenek moyang mereka yang sanggup gugur bagi mengakhiri kolonialisme penjajah sejak tahun 1511 lagi. Semestilah, api semangat itu terus dinyalakan dalam kesempatan sambutan seperti ini agar anak-anak kita terus berjuang sebagai penerus bangsa dan demi Malaysia tercinta.

Tak mungkin kita dapat mencintai negara dan bangsa kalau tidak mengenal sejarahnya. Ini adalah kerana kesedaran sejarah mempertautkan makna masa lalu, masa kini dan masa depan survival bangsa.

Saya berpendapat bahawa mahu tidak mahu kita harus mengingat kembali perjalanan sejarah mereka yang muncul sebagai perintis kebangkitan bangsa Melayu untuk mengusir penjajah dari bumi bertuah ini. Mungkin ada pihak yang dapat mendokumentasikan biography pahlawan-pahlawan kemerdekaan kita itu bermula dari tahun 1511 sehingga 1957, atau ada para Sejarawan yang dapat membukukan senarai 100 pahlawan Melayu paling berpengaruh menentang penjajahan samada dari golongan Ulama, Nasionalis, Sosialis dan sebagainya. Sebagai contoh Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Haji Abdul Rahman Limbong, Dato' Maharaja Lela, Mat Kilau, Dato Onn Jaffar, YM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Abdullah CD, Rashid Maidin dan ramai lagi.

Mungkin juga wajar diadakan satu hari khas untuk mengingati para pejuang kemerdekaan ini dengan pengisian yang benar-benar bermakna.

Mungkin cadangan saya ini berguna.

Wasalam.