----koleksi kata-kata hikmah------


1)Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuahkehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang


2) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah

3)Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak

4)Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama

5)Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itucantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasarakhlaknya

 6)Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuanganmemerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

7)Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan

8)Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

9)Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan

10)Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

 11)Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara    di lautan.

12) Setiap     mata    yang    tertutup    belum    bererti    ia    tidur.   Setiap     mata terbuka     belum     bererti    ia    melihat