1)Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuahkehidupan. Tanpa kejujuran hidup
sentiasa menjadi mainan orang
2) Ikhlaslah menjadi diri
sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat
buih-buih sabun. Bila-bila masa
ia akan pecah
3)Kegagalan
dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih
mulia! dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak
4)Agama tidak pernah
mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama
5)Nafsu mengatakan perempuan
itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itucantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasarakhlaknya
6)Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan
memerlukan perjuangan. Perjuanganmemerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula
menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan
menentukan kebahagiaan.
7)Harta akan habis digunakan
tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan
8)Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan
bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya
janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
9)Mengapa manusia gemar
mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah
kemesraan
10)Kita
sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah
tua untuk bertaubat.
11)Gantungkan azam dan semangatmu setinggi
bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
12) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat
No comments:
Post a Comment