~~Memori TerindahKu~~




Dengan nama ALLAH s.w.t yg maha pemurah lagi maha penyayang,,sgala puji hnya layak bagi ALLAH azawajalla..alhamdulillah mlm nie dpt jgak aQ update blog nie,,,27.12.12..

kpd penganut agama kristian,,qasa2 belom terlambt kut nk ucap kan SELAMAT HARI NATAL kepada hampa semua,, >_<

malam nie aQ nk luahkan satu perasaan gembira =) yg aQ pendam selama nie semenjak tahun lpas lagi...bnda yg aq nk sebutkan ialah satu iklan/gambaQ (aQ laa 2.. haha)  yg telah disiarkan di papan iklan tepi jalan berdekatan dgn simpang nk masuk highway alor setar utara.
.tidak ku sangka,, gmbaQ aQ boleyh disiarkan dkt situ,,padahal berapa ramai yg p kem 2..knapa gmbaQ kmi 10 org yg terkeluaQ?? =) papa pown..aQ bersyukur sgt2  sbb bkn senang kn, dpt peluang mcm nie,,x boleyh keluar iklan TV,,iklan tepi jalan pown boleyh laa =) mmg x sangka sgt2..terkejut beruk di buatnya,,haha. iklan nie disiarkan selama setahun 3 bulan,,( duk lalu tiap hari2)

..mcm mna aq taw gmbaQ aq dkt situ?? haha ,,melalu seorang adik junior dri MMPT,,dia laa yg menghubungi aQ memberitahu pasal benda nie,,ketika tu dia OTW(on the way) nk p alor setar,, taw x dya bgtaw pa?? ""mboii,,dya dah popular laaa nie""!! aQ tya "knpa kata mcm 2""..dya kata""nk taw mai jalan nak masuk higway alor setaQ utara!!..(nk buat suprise laa konon) aQ pown dlm keadaan hujan lebat,,redah jgak sbb nk taw bnda paa yg popular 2,, tgok2 YA ALLAH,,SUBHANALLAH...hehe..dgn iklan nie laa membuat cikgu2 dan kawan2 dkt sekolah  pakat2 tegur dan terkejut habis,,sbb x sangka,,hehe.. 2 laa saja yg aq nk bgtw serba ringkas.. KINI!! iklan tersebut telah diganti dgn gambar Sultan Kedah shingga laa sekarang..apa pown,,aQ tetap berasa bangga atas semua ini =)

Gambar tersebut ditangkap pada thun 2011 ketika aq mewakili sekolah aQ iaitu maktab mahmud padang terap.. kami menghantar seorg peserta lelaki(aQ) dan 2 org perempuan..ketika menyertai satu kem kecemerlangan spm 2011 anjuran pejabat zakat negeri kedah,,pda bulan 3..mcm mna aQ boleyh ingt?? haha.. sbb kena dgn  befday aQ laa,,.=) mm,,nie gmbaQ selebihnya klik sini,, dkt gmbaQ 2,,ampa semua dpt taw laa aktiviti kmi dkt sana,,
sebelum mengundur diri,,di sini,,aq ingin merakamkan jutaan terima kasih yg tdk terhingga kpd Pejabat Zakat Negeri Kedah Darul Aman ats tajaan kpd kami selama 3hari 2mlm  di kem tersebut,,semoga Allah membalas jasa baik kalian..dan  mudah2an kem tersebut di rahmati ALLAH,,amiiin,,

setakat nie sajaha yg aQ dpt coretkan,,klau daa x pham dkt mna-mna,,maaf laa erk,,(Guna loghat kedah pekat punya bercampur dengan bahasa mesej..hehe) =P aQ update tgh mlm,,so mengatuk membelenggu dri sama,,hehe,,k nah,,sekian WALLAHUALAM

**PENGALAMAN MEMATANGKAN HIDUPKU**




Kejadian Alam (ketika berada di ats Menara Alor Setar)


ehem2,,,bawu hari nie(19.12.12) aQ qasa nk update blog nie,,,pdhal selama nie,,free jaa duk umah,,,bkn nk update pown,..make up blog ka?? nie x,,duk harap dkt sowg hamba allah nie,,duk tlong tgok2 kan blog  aQ nie,,mmm,,, xmalu sungguh aQ nie,,.tpi xpa2,,,pa2 pn,,aQ bersyukur sgt2 pda Mu ya allah ats kurniaan seorang sahabat  ini. .=)

ahah,,pa yg aQ nk citakn pda hri nie adalah satu pglaman yg x ku lupakan sampai bila2 iaitu di saat aQ melihat matahari terbenam secara langsung,,situasi nie berlaku di ats menara alor staQ pda jam 7.03 p.m,,pda tanggal 17.12,,hahaha,,yg aQ seronok sg2t nie sbb first time melihat kejadian nie,.. sesungguh nya,, ALLAH s.w.t maha kuasa dan kuasaNya tdk dpt di atasi dri segalanya,,

mmmm,,,aQ melihat proses kejadian alam nie melalui teropong yg disediakan oleh syarikat menara tersebut secara percuma,,,walaupn pihak menara tdk membenarkan pengujungnya teropong ke arah cahaya matahri,,aQ tetap berdegil tuk melihat kejdian 2 disbbkn sinaran cahaya matahari pda waktu itu agak lemah,, aQ sndri yg mengambil kptsan untuk terus melihat kejadian itu tanpa memikirkan risiko yg akan berlaku ke atasku kerana aQ tdk mahu melepaskan detik2 indah sebegini,, =) slpas terbenam jaa matahari,, terus azan berkumandang di merata tempat,,azan dpt didengar dgn jelas sekali ketika berada atas menara tersebuat,, SUBHANALLAH!!,,,

setakat ini sahaja yg aq boleyh ceritakan,,,secara ringkas shaja,,nk cerita dri awal x mampu,,hehe,,k larh,, ,,sekiaan WALLAHUALAM


----koleksi kata-kata hikmah------


1)Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuahkehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang


2) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah

3)Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak

4)Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama

5)Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itucantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasarakhlaknya

 6)Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuanganmemerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

7)Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan

8)Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

9)Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan

10)Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

 11)Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara    di lautan.

12) Setiap     mata    yang    tertutup    belum    bererti    ia    tidur.   Setiap     mata terbuka     belum     bererti    ia    melihat

Amalan Doa buat santapan pelajar UPSR, PMR, SPM, STPM


***untuk tambahan 

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:


 اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ 

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”


 Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan: 


 وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا 

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

 Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:


 سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ 

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”

 Doa memohon kejayaan cemerlang:


 اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ 

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

Hak Isteri Menuntut Fasakh (cerai)


Islam sedia penyelesaian adil bagi jamin hak wanita dalam sesebuah perkahwinan
ANTARA tanggungjawab suami kepada isteri ialah menyediakan nafkah zahir dan batin. Nafkah adalah hak isteri yang wajib ditunaikan suami menurut kemampuannya. Ibnu Rusyd dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid, (Juzuk 11, terjemahan, halaman 424) fuqaha’ sependapat nafkah wajib ke atas suami merdeka dan nafkah kepada isteri perlu selaras dengan ketaatannya.
Nafkah batin diakui fitrah semula jadi manusia yang memerlukan kasih sayang dan belaian. Firman Allah an-Nisa ayat 19 bermaksud, “dan bergaullah dengan mereka (isteri kamu) menurut cara yang ma’ruf (secara layak).”
Firman ini jelas menunjukkan hak nafkah batin isteri amat penting dalam perkahwinan. Isteri yang tidak mendapat hubungan seksual atau perhatian dan kasih sayang mudah hilang arah sekali gus membuka ruang untuknya melakukan maksiat. Suami patut menjadi pelindung kepada isteri dalam memberikan jaminan daripada segala keburukan dan kemaksiatan.
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 222, “Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangi mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepada kamu….” Hadis Riwayat Muslim dalam kitab haji, bab haji Nabi 1218, daripada Jabir r.a. (hadis haji wada’), “Bertakwa kepada Allah dalam mengendalikan urusan perempuan (isteri). Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak kamu yang wajib ditunaikan isteri ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki rumahmu). Jika mereka melakukannya, pukul mereka dengan pukulan tidak terlalu menyakitkan (tidak mendera).
Kewajipan kamu pula ialah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan baik. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu perkara yang kamu tidak sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepadanya iaitu kitab Allah.
Seterusnya Ibn Hazm dalam Kitabnya, al-Muhalla menyatakan wajib suami memberi nafkah batin (layanan) kepada isterinya sekurang-kurangnya satu kali suci daripada haid (sebulan sekali). Ayat al-Quran dan hadis serta pandangan ulama menunjukkan pentingnya tanggungjawab suami dari segi memberi nafkah zahir dan batin bagi menjaga kerukunan rumah tangga. Jika tidak perkahwinan akan hancur.
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam memperuntukkan suami atau isteri yang tidak menunaikan tanggungjawab nafkah batin kepada pasangannya boleh memohon cerai fasakh. Namun peruntukan ini mensyaratkan pengabaian itu adalah tanpa sebab yang munasabah mengikut hukum syarak lebih setahun.
Seksyen 53(1)(d) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor, 2003 memperuntukkan, “Seorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut hukum syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu (d) suami atau isteri tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;”
Berdasarkan peruntukan itu, sesuatu perkahwinan boleh difasakhkan atas satu atau lebih alasan yang dinyatakan mengikut Seksyen 53. Jika memohon fasakh atas alasan dinyatakan di atas dan dibuktikan maka mahkamah ada bidang kuasa membubarkan pernikahan. Namun apa yang biasa timbul di Mahkamah Syariah hari ini terlalu jarang suami memohon fasakh atas alasan itu. Kebiasaannya wanita yang menggunakan peruntukan ini jika suami mengabaikan nafkah batin.
Tidak dinafikan, nafkah batin adalah soal peribadi dan rahsia mutlak wanita. Hanya isteri selain Allah mengetahui dia tidak bersama suami. Isteri harus bersumpah untuk membuktikan dakwaannya.
Fasakh atas alasan tidak menunaikan nafkah batin bersandarkan hukum syarak. Wahbah al-Zuhaily dalam kitabnya Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, juzuk. 7, halaman 535, menyatakan peruntukan fasakh atas alasan suami tidak menunaikan nafkah batin dibuat berdasarkan pandangan Mazhab Maliki. Menurut pendapat ini, tidak menunaikan nafkah batin diterima sebagai alasan memohon fasakh kerana dianggap penderaan terhadap isterinya. Penderaan merangkumi segala apa yang lahir daripada suami sama ada perbuatan, perkataan dan perbuatannya yang memudaratkan isteri dalam setiap keadaan walaupun suami tidak bermaksud menyakitinya.
Islam menegah perbuatan menzalimi kaum wanita. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 231 bermaksud, “Dan janganlah kalian pegang mereka (isteri )dengan maksud memberi mudarat kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka.”
Daripada zahir ayat Allah memberikan panduan yang wajib diikuti suami supaya dapat bergaul dengan isteri secara baik. Kesimpulannya, jika perkahwinan tidak lagi mendatangkan kebaikan, malah menimbulkan kemudaratan terutama berkaitan nafkah batin, ia wajar dibubarkan. Jika isteri reda ia tidak menjadi suatu masalah, jika sebaliknya wajar dielak supaya isteri tidak terdedah melakukan maksiat. Islam menyediakan penyelesaian ini bagi memastikan kemaslahatan umatnya terjaga dan terjamin. Undang-undang yang digubal turut mengambil kira faktor ini untuk menegakkan keadilan tanpa ‘bias’ kepada lelaki atau perempuan




Salam Kemerdekaan,

'Merdeka 7x'..Itulah kalimah keramat dengan semangatnya yang dilaungkan oleh mantan Perdana Menteri yg pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj di Stadium Merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.,Alhamdulillah, negara kita telah bebas dari cengkaman penjajah yang bermaharajalela di negara nie..Kini negara kita telah mencapai kemerdekaan yang ke 55,,insya'allah,,. Namun, kelihatan seperti sudah redup dalam jiwa sebahagian orang Melayu untuk meraikannya sebagai peristiwa penting dalam sejarah bangsa. Seolah-olah sambutan itu sekadar upacara ritual tahunan yang tidak berisi.

Mungkin kerana kita sudah jauh merentasi perubahan dalam tempoh itu. Mungkin juga kerana kita telah berjaya mengisi nikmat kemerdekaan dengan pembangunan fizikal, ekonomi, pendidikan mahupun daya saing diperingkat global. Semua itu mungkin tidak dapat dirasai tanpa jasa nenek moyang kita yang mewariskan negara ini kepada kita dan generasi Melayu akan datang.

Nilai sambutan kemerdekaan perlu terisi dalam jiwa setiap anak Melayu dengan dikobarkan semangat untuk menyanjungi jasa-jasa para perintis dan para pejuangnya. Generasi muda kita perlu menghayati semangat nenek moyang mereka yang sanggup gugur bagi mengakhiri kolonialisme penjajah sejak tahun 1511 lagi. Semestilah, api semangat itu terus dinyalakan dalam kesempatan sambutan seperti ini agar anak-anak kita terus berjuang sebagai penerus bangsa dan demi Malaysia tercinta.

Tak mungkin kita dapat mencintai negara dan bangsa kalau tidak mengenal sejarahnya. Ini adalah kerana kesedaran sejarah mempertautkan makna masa lalu, masa kini dan masa depan survival bangsa.

Saya berpendapat bahawa mahu tidak mahu kita harus mengingat kembali perjalanan sejarah mereka yang muncul sebagai perintis kebangkitan bangsa Melayu untuk mengusir penjajah dari bumi bertuah ini. Mungkin ada pihak yang dapat mendokumentasikan biography pahlawan-pahlawan kemerdekaan kita itu bermula dari tahun 1511 sehingga 1957, atau ada para Sejarawan yang dapat membukukan senarai 100 pahlawan Melayu paling berpengaruh menentang penjajahan samada dari golongan Ulama, Nasionalis, Sosialis dan sebagainya. Sebagai contoh Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Haji Abdul Rahman Limbong, Dato' Maharaja Lela, Mat Kilau, Dato Onn Jaffar, YM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Abdullah CD, Rashid Maidin dan ramai lagi.

Mungkin juga wajar diadakan satu hari khas untuk mengingati para pejuang kemerdekaan ini dengan pengisian yang benar-benar bermakna.

Mungkin cadangan saya ini berguna.

Wasalam.

:::: Pengorbanan:::::


Bismillahirahmanirahim,,dgn nama aLLah yg maha pemurah lagi maha penyayang,,,bersyukur ke hadrat illahi dgn limpah kurnia dan inayahNYA dpt jgak aQ nk update blog aQ yg dah lama tidak berpenghuni ni,,,HAri nie insya'allah aQ nk kogsi sedikit dkt korang semua mengenai erti sebuah pengorbanan,,insya'allah,,,
Pengorbanan memang amat pedih untuk di telan kerana kita terpakasa melaluinya secara sendirian, tapi pengorbanan boleh membuatkan seseorang yang lain itu gembira dan sentiasa gembira. Kadangkala kita juga tidak seceria mereka, tapi yang penting kebahagiaan dia adalah kebahagiaan kita juga. Itulah yang selalu kita fikirkan apabila kita cuba berkorban demi kebahagiaan si dia.
Pengorbanan dalam cinta memang perit yang kita kena lalui, walaupun orang yang kita cintai itu terpaksa kita korbankan Ini merupakan satu pengorbanan yang sangat perit buat kita walaupun kita susah untuk menerimanya. Adakalanya ada pengorbanan lain yang terpaksa kita korbankan demi menjaga satu-satu hubungan itu dan perlulah kita lakukan demi insan yang kita cintai, walaupun kita terpaksa berkorban untuk membuat setiap keputusan supaya dapat membahagiakan si dia tapi kita tetap akan menyayanginya.
Tidak semestinya setiap keputusan yang kita buat itu boleh diterima oleh dia kerana dia juga mempunyai prinsip hidup sendiri, walaupun apa yang kita fikirkan itu adalah untuk kebaikannya malah hubungan itu sendiri, namun ada antaranya tidak dapat diterima oleh si dia kerana bertentangan dengan kehidupan si dia, malah setiap kali membincangkan satu-satu perkara itu susah untuk mendapat persetujuan bersama.


Apabila kita sering bergaduh dan memikirkan masalah yang ada, kita selalunya akan menyalahkan diri kita sendiri kerana kita tidak mahu si dia berasa bersalah dengan setiap perkara yang berlaku. Walaupun kita tahu apa yang kita hendak hanyalah untuk kebaikan si dia dan hubungan yang terbina, inilah yang sering terjadi dalam kehidupan kita.
Ada yang terpaksa mengalah dan ada yang hendak mempertahankan keputusannya, memang pening untuk kita fikirkan perkara yang sedemikian seperti ini, tapi bila kita telah mempunyai kekasih kita haruslah cuba berubah kepada seseorang yang lebih matang walaupun kehidupanyang kita lalui adalah berbeza kerana setiap percintaan itu memang memerlukan pengorbanan namun haruslah kita tangani dengan baik demi menjaga hati masing-masing. Seseorang yang telah bercinta haruslah cuba untuk menerima setiap keputusan setiap pasangannya supaya perbincangan yang aman dapat dilakukan.

sekian saja sampai d sini pertemuan kita yaa.,k ma'asalamah ^_^''

Erti Terima Kasih & Kesyukuran




                                                                    السلام عليكم
Bismillahirahmanirahim,,,,alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk ALLAH S.W.T atas nikmat iman & nikmat islam dapat jgak aQ nk kongsi sedikit ilmu yg aQ dapat dripada menjalani modul budaya kerja PLKN,, kepada semua pda pgi yg penuh barakah ini,,.insya'ALLAH >,<,.,
                                      kai'fahalukum?? aQ harap ampa sihat selalu erk,.,.amEen,.

 Ok2 apa yg aQ nk kongsikn nie hanyalah simpLe saja,,,TETAPI berat nk dipraktikan oleh masyarakat zaman sekarang nie.,.kenapa??kerana sikat 'egoistik' yg beristana dalam dri seseowg erk,.,k aQ straight to da point

Ucapan thank you/syukran/gracias/toce2/terima kasih merupakan satu lafaz perghargaan untuk sumbangan O kebaikan yang dilakukan seseowg kepada orang lain. Melafazkan ucapan terima kasih kpd seseowg yg m'beri O menyumbang sangat besar ertinya. Ucapan terima kasih memberi kesan yang positif dan amat mendalam yang dapat menyentuh dan membuka hati seseowg hingga dapat merapatkan hubungan sesama insan. Seseowg yang menerima tanda penghargaan itu akan berasa sangat dihargai. Malah orang sentiasa berada dalam keadaan berterimak kasih akan sentiasa membuahkan senyuman dan ketenangan...betoii x???

Mengapa sangat sukar untuk kebanyakan orang mengucapkan terima kasih??
Mengapa sangat berat untuk kebanyakan orang meluahkan penghargaan??
Adakah kerana malu O ego?Adakah sikap 2 penting dalam kehidupan??

Kesukaran mengucapkan terima kasih akn m'berikan kesan yang negetif kpda hubungan sesama insan. Orang  yg tidak tahu menghargai, umpama orang yang tidak b'syukur dgn apa yg dimiliki. Mungkin situasi ini tidak menjadi  masalah untuk meereka. Mungkin situasi ini tdk menjdi masalah tuk mereka yg kurang berinteraksi dgn org lain, sedangkan lafaz ni merupakan sesuatu yg amat penting dalam kehidupan setiap seperti kita.

Ucapan terima kasih jga dianggap sebagai sa2 pengisytiharan, penerimaan atau pemberian kpd sesuatu urusan yg tidak sesesai

Sebagai contoh, pernahkah O sudahkah anda berterima kasih kepada orang yg bertanggungjawab m'besarkan n mnjga anda??Cikgu-Cikgu??Adik beradik??kwan=kwan??Orang di sekeliling anda?? Tanpa sedari, mereka telah banyak menyokong kita. Bagaimana pula dengan urusan2 sekeliling yg anda lakukan setiap hari.

Luahkan ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan sesowg, disamping itu ia dapat m'beri inspirasi, motivasi dri kepada dri sendri dan insan sekeliling.

Ucapan terima  kasih jga amat berkait rapt dengan kebahagian jiwa kita. kebahagian jiwa kita pula berkait rasa kesyukuran kita. renungkan perkara ini. Amat sukar untuk kita membanyagkan seseowg  yg amat mempunyai kebahagian jiwa yg tidak bersyukur tentang sesuatu yang mereka perolehi

DaRi perspektif lain, jika kita mahukan lebih kebahagian dalam hidup, mulakan dengan bersyukur. Perkara ini kita boleh dilakukan bila2 masa. Kita boleh bersyukur kerana masih hidup, boleh berjalan , bercakap, berfikir,mendengar , melihat dan mcam2 laa.,.,Sebenarnya hidup seharian , kita boleh berhenti sejenak kepada Tuhan tentang pelbagai perkara yg baik dalam hidup kita. Apabila kita bersyukur, kita secara sedar n sengaja bergerak kearah kebahagian dalam hidup.

AkhiruKalam,, sebenarnya semua bolEh bersyukur tentang bnyak perkara. Persoalannya, adakah kita sedar dan menghargainya???

...:::Kehidupan kU sepanjang berada di PLKN SINTOK,UUM:::...(77hari)



Bismillahirahmanirahim,.,Asalamualaikum w.t.b...Selamat malam.Hari niE ttba terdetik dlm htiku nk update blog yg dah lama yg aq tggalkn nie(dah berjanggut ktakan >_<) .,.


subhanallah,,.mlm  ni insy'allah aku nk cete pasal PLKN. sape ade ikot PLKN leh share2. hehe. ok. first aku taw aku kene ambik org2 PLKN nie tyme aku kat sekolah. semua dok bz semak status PLKN, aku pun nk cek jugak. huhu. cam menyesal je aku cek mase tu. balik umh aku terus inform kat parents aku. "bgusla. nanti aku berdikari" kata abg aku yg menyampuk! haduiii! pastu da boleh cek kene kat kawasan mana PLKN tu. Aku kene kat KEM SINTOK,UUM. kumpulan 1/siri9/2012 lau xsilap aku. hehe. nasib baikla aku ada kna skali dgn kwan sek aQ 2 owg,,nazim n aizat yg kmi rapat dri fom1 lagi >_<. jmlah kmi 3 owg sahaja wakil dri mmpt. ... xsenang duduk bile tarikh 3jan kian menjelang. bab nk bertolak da time 2...bila dah tahun baru untuk 2012 tu. hati nie berat nak tggal family tpi terpaksa juga macam mna pn.,. sebelom 2 jan tu, aku da siap2 packing barang. baldi semua tu aku beli juga! mak suruh. hehe.


 3 jan - adegan airmata bakal bermula. kul 7 camtu aku dan abah aku gerak g DEWAN WAWASAN,JITRA. tempat utk kiteorg mendaftar. mmg banyak la org mendaftar mase tu. aku pun terus daftar dan duduk je kat situ. sembang2 ngan abh aku. ini lah kali pertama aku berjauhan sngt2 lama dgn pa ma aku. 3bln lebih tu! ok. jurulatih2 da panggil utk nik bas. huhu. xtaw la camne nk gtaw perasaan aku mase tu. nk kata nangis. mmg aku da nangis pun. aku pun naek bas..alhamdulillah laa.,sebelom p,,aQ sempat cium ayah aQ,,hehe,.. Aku duduk tepi tingkap ngan kawan aku nazim,,,mmg kmi dah set awal2 lagi,,aQ kta,,kita p sana,,jadi mcm belangkas nah,..mksd aQ nk berkepit dgn dy laa,..weellkk!!. kami duk dlm bas 2,..2gu lagi,,,buat bising laa,..mcm dgn bas 2,,hak kmi pnya,..kuakuakua.,.


mule2 nk p daftar diri dulu. lame sngt2. sampai kul 10 lbih camtu baru habis.mai2 ckgu2 dkt c2,pggil aQ ustaz,,.mmm,,mgkin sbb aQ berkopiah kowt,..ahah,,.dah setel pndaftran,,.ckgu pertama aQ yg aQ nmpk gerun,,
(mejer hasmidi) perrhh!!time 2 nk kna beratur dlm dewan,..haha,,jadi mcm bdak2 sek rendah,.,2juan depa seruh berhimpn 2 sebab nk ambik size kasut , bju uniform n semua2nye. masa tu. aku ngan nazim,,,
(aizat tolak awal dri aQ n nazim) mmg ke hulu ke hilir bersama. bab masih xbiase dgn kwasan 2. masa daftar tu aku disimpan di kumpulan Delta! lpas 2 kmi 2kar bilik sendri sbb katil x cukup,.aQ p kumpuln ALPHA plak.. pastu duk kat dewan makan. emm. tanpa segan silu malunya kau bertanya kat org lain. korang kumpulan mane? lau ALPHA terus geng! haha. dapat sorang kawan! YONG.. Org cina. pandai ckp mlyu lagi tu. bole mengumpat same2 ni. hehe.                                                     
                                                    
                                                to be continued....
(kalau nak diekowtkn hati.,nak crita semua,.,tpi x pa la,.,aQ crita setakat yg mmpu sja laa,.,segala kenangan pahit, manis,,,masam,masim,,,setiasa bersemadi dlm ingatanku.,.,sa2 lagi,,..insya'allah,,segala ckgu2 maltiskill n jurulatih fizikal,,akan aQ amalkan dlm kehidupan aQ,insya'allah,,.SYUKRAN YAA MUALIM2,.,)
                                     
                                   (GAMBAR2 yg aQ yg sempat nk tunjuk,,.nie pn sekadar tumpang kamera orang,,.)







...:::CaRniVaL Sungai Petani B'sama aNak bUah Pak Abu:::...

...::::Dengan nama ALLAH yg maha pemurah lagi maha penyayang :::...

Alhamdulillah dengan kesempatan yang ada dpat jgak aQ update bLog aQ yg dah besawang2 niE,,..alhamdulillah skli lagi aQ nk lafazkan coz dapat jagak aQ berhat bt seketika waktu dri latihan yg aQ jalani di PLKN SINTOK selama 3 bulan (77hari). Dengan ruang yg ada niE,,aQ(kompeni chalie)bErsama kompeni lain,(alfa,bravo)tpi syg,,kompeni DELTA x join skli,..p melepaskn 10syen n tekanan duk dkt kem dgn p bercti d CARNIVAL di sungai petani,,..

aQ dengan apit tlak dri rumah pkuL 9.10..sampai sana pkuL 10.15 lebih kurang laa,..smpai2 sana,.. aQ yg bwak moto apit nie,,kna patah Blik coz nk ambiL PENGHULU(along) dkt guar cempedak,..ya allah,..persaan nie,,allah saja yg taw,,.betapa penat,,tpi penghulu pnya psaL,..aQ kna p jgak laa ambil,..

***depa tgah duk 2gu aQ n peghulu,...2 jam jgak laa depa 2gu,,,hahaha,,,cian deh,,..
*** 2 dya peghulu yg aQ mksdkn,,(jam warna hijau),....

***sampai2 terus bergmbaQ,..tgok muka sowg2,,..6pk enjoy jaa,,.


*** pot salin baju,,..


***haha,,,time nie pling best,,..kmi kongker abis tempt nie,,,sampai pengunjung lin pakat lari, bila tgok kmi,.,.,pdahaL,,.saja2 gerak ramai2...


***posing sat,,.tgok tempat nie cantik jgak,..=)


***saja2,,.

***cantik background dya,,.


***acara pertama yg kami setai,,,tpi syg,,kmi x dpt menjuarai acara nie,.,.,

*** mcm pasangan laa plak,...(acara kedua,,makan rti tanpa gna tangan)

***acara ketika yg kmi sertai,,.. seribu kali sayang,,..ketiga2 game,..kmi x menang,,..xdak rezeki ktakan =( kmi mandi dkt c2 smpai pkul 4.30..,,,walaupn penat,,qasa cuti kli nie mmg puas,..dpt jgak aQ menghilngkn 10syen nie,... sblum bLik,,aQ singgah dkt ambangan height,,coz along nk jmpa cewek dy,..time dpa bt date,...posing dluw 2.3 keping sebelum blik,..hahaha,..mm,,..
2 saja bt kli nie yg dapat aQ kongsikn bersama kowang,...insya'allah,,,ada umur pnjang,,,kita jmpa lagi yaa.,.,.,k sekian,,ma'asalamah,,..,salam.,.,babai =)

...:::tErpiLih atau diPiLiH:::...

Pemimpin khususnya dalam sekolah mesti mengisi keperluan jiwa anak2 buah. Hal ini kerana jiwa merupakan raja dalam diri yang menentukan buruk dan baik sikap seseowg. Oleh sebab itu,jiwa tidak boleh diabaikan, Tetapi oleh sebab sifatnya yg abstrak(maknawi),mka keperluan juga bersifat abstrak. Jadi, keperluan jiwa ialah iman & taQwa. 
    
      Sebagai pemimpin mereka harus menyedari bahawa tanggungjawab mereka bukan sahaja memberi kemudahan dan keselesaan hidup di dunia, tetapi juga keselamatan dan kebahagian di akhirat.


        Sehubungan itu, cara mendidik yang berkesan adalah dengan mempamerkan teladan yang baik. Seorang pemimpin yang mempunyai keperibadian yang baik secara tidak langsung telah mempunyai kemahiran yang paling tinggi dalam mendidik pengikutnya, Hal ini kerana rakyat lebih mempercayakan mata (apa yg mereka lihat) berbanding telinga(apa yg mereka dengar) mereka. Rakyat akan mudah mengikut cakap pemimpin jika apa yg dibuat oleh pemimpin selaras dengan apa mereka cakapkan.


         Jadi, sesiapa yg beria-ia hendak menjadi pemimpin, sewajarnya mereka bermuhasabah sejenak... Apakah sudah ada kemampuan untuk mengisi keperluan jiwa diri dan orang yg dipimpin.
Jika mereka benar2 "pemimpin terpilih" bukan sekadar "pemimpin terpilih", insya'Allah mereka akan mampu menyedari hakikat ini








                             *** gambar hiasan sahaja( kenangan kami Badan Pengawas & Tatatertib 2010)

--hADIS KuDSI-- ''Siapa yg daLam hatinya ada iman? Keluarlah dari neraka!''

"Daripada Abu Said al-Khudri, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bErmaksud: "Tidaklah perbantahan salah seorang daripada kalian tentang kebenaran yang menjadi haknya di dunia ini lebih keras perbantahannya daripada kaum Mukmin kepada Tuhan mereka tentang saudara2 mereka yang dimasukkan ke dalam neraka. Mereka mengatakan, "Wahai tuhan kami, saudara2 kami dahulu solat bersama kami, puasa bersama kami dan mengerjakan haji bersama kami. Tetapi Engkau telah memasukkan mereka ke dalam api neraka."
     "Allah berfirman, "pergilah dan keluarkan sesiapa yang kalian kenal daripada mereka,' Kemudian mereka mendatangi saudaranya dan mengenali wajah2 mereka. Di antara mereka, ada yang telah terbakar hingga separuh kedua-dua betisnya dan ada pula yang terbakar hingga kedua-dua lututnya. Mereka pun mengeluarkan lalu berkata: "Wahai Tuhan kami, kami telah mengeluarkan siapa yang Engkau perintahkan kepada kami."
   "Allah berfirman: 'Keluarkan sesiapa yg dalam hatinya terdapat iman walau seberat satu dinar.' Kemudian Allah berfirman lagi: "Siapa yg dalam hatinya terdapat iman seberat setengah dinar?' Hingga firman-Nya: 'Siapa yg dalam hatinya terdapat zarah (Keimanan)."

                                                             (Riwayat al-Nasa'i & Ibn Majah) "