...:::tErpiLih atau diPiLiH:::...

Pemimpin khususnya dalam sekolah mesti mengisi keperluan jiwa anak2 buah. Hal ini kerana jiwa merupakan raja dalam diri yang menentukan buruk dan baik sikap seseowg. Oleh sebab itu,jiwa tidak boleh diabaikan, Tetapi oleh sebab sifatnya yg abstrak(maknawi),mka keperluan juga bersifat abstrak. Jadi, keperluan jiwa ialah iman & taQwa. 
    
      Sebagai pemimpin mereka harus menyedari bahawa tanggungjawab mereka bukan sahaja memberi kemudahan dan keselesaan hidup di dunia, tetapi juga keselamatan dan kebahagian di akhirat.


        Sehubungan itu, cara mendidik yang berkesan adalah dengan mempamerkan teladan yang baik. Seorang pemimpin yang mempunyai keperibadian yang baik secara tidak langsung telah mempunyai kemahiran yang paling tinggi dalam mendidik pengikutnya, Hal ini kerana rakyat lebih mempercayakan mata (apa yg mereka lihat) berbanding telinga(apa yg mereka dengar) mereka. Rakyat akan mudah mengikut cakap pemimpin jika apa yg dibuat oleh pemimpin selaras dengan apa mereka cakapkan.


         Jadi, sesiapa yg beria-ia hendak menjadi pemimpin, sewajarnya mereka bermuhasabah sejenak... Apakah sudah ada kemampuan untuk mengisi keperluan jiwa diri dan orang yg dipimpin.
Jika mereka benar2 "pemimpin terpilih" bukan sekadar "pemimpin terpilih", insya'Allah mereka akan mampu menyedari hakikat ini








                             *** gambar hiasan sahaja( kenangan kami Badan Pengawas & Tatatertib 2010)

No comments:

Post a Comment