--hADIS KuDSI-- ''Siapa yg daLam hatinya ada iman? Keluarlah dari neraka!''

"Daripada Abu Said al-Khudri, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bErmaksud: "Tidaklah perbantahan salah seorang daripada kalian tentang kebenaran yang menjadi haknya di dunia ini lebih keras perbantahannya daripada kaum Mukmin kepada Tuhan mereka tentang saudara2 mereka yang dimasukkan ke dalam neraka. Mereka mengatakan, "Wahai tuhan kami, saudara2 kami dahulu solat bersama kami, puasa bersama kami dan mengerjakan haji bersama kami. Tetapi Engkau telah memasukkan mereka ke dalam api neraka."
     "Allah berfirman, "pergilah dan keluarkan sesiapa yang kalian kenal daripada mereka,' Kemudian mereka mendatangi saudaranya dan mengenali wajah2 mereka. Di antara mereka, ada yang telah terbakar hingga separuh kedua-dua betisnya dan ada pula yang terbakar hingga kedua-dua lututnya. Mereka pun mengeluarkan lalu berkata: "Wahai Tuhan kami, kami telah mengeluarkan siapa yang Engkau perintahkan kepada kami."
   "Allah berfirman: 'Keluarkan sesiapa yg dalam hatinya terdapat iman walau seberat satu dinar.' Kemudian Allah berfirman lagi: "Siapa yg dalam hatinya terdapat iman seberat setengah dinar?' Hingga firman-Nya: 'Siapa yg dalam hatinya terdapat zarah (Keimanan)."

                                                             (Riwayat al-Nasa'i & Ibn Majah) "

No comments:

Post a Comment